Selepas Persidangan Perwakilan Nasional, saya telah meluangkan masa untuk berinteraksi dengan para pemenang pertandingan anime Gerakan.
Mereka telah berkongsi pandangan mereka terhadap hobi mereka iaitu melukis anime ataupun kartun. Saya lebih memahami golongan remaja melalui sembang santai tersebut.
Mereka juga mengajar saya bagaimana menggunakan tablet untuk melukis anime, yang merupakan cabaran bagi saya.
Pertandingan anime ini yang dianjurkan oleh Parti GERAKAN juga mendapat pujian dan sokongan daripada ibu-bapa pemenang. Saya berharap pertandingan sebegini dapat memupuk hobi kreatif melukis mereka.