Perasmian Pusat Khidmat

Feb 26, 2021

The time to talk is OVER, the time for ACTION is NOW!
Hari ini singgah di Ipoh, Perak untuk merasmikan Pusat Perkhidmatan Komuniti Parti Gerakan Rakyat Malaysia Ipoh. Bersama saya untuk merasmikan ada YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional.
Pemimpin parti yang turut menghadiri majlis perasmian hari ini juga termasuk Pengerusi Gerakan Perhubungan Negeri Perak, Saudara Dato’ See Tean Seng dan Penyelia Pusat Perkhidmatan Komuniti Ipoh, Saudara Chek Kwong Weng.
Kami juga menyambut perasmian hari ini sempena Chap Goh Meh dengan tradisi masyarakat Cina iaitu Lou Shang.
Pusat Perkhidmatan Komuniti Ipoh Parti Gerakan Rakyat Malaysia akan dibuka setiap hari Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4 petang untuk memberi khidmat kepada rakyat dan membantu penduduk setempat menyelesaikan masalah.